07 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 (1)

1. Bagaimnakah caranya kita menambah pengetahuan am?
A. Meluangkan lebih masa berbual-bual denagn keluarga
B. Rajin bertanya kepada rakan-rakan
C. Membaca pelbagai jenis bahan bacaan


2. Antara yang berikut yang manakah menunjukkan tingkah laku yang tidak
baik?
A. Suka menangguhkan kerja
B. Menguruskan masa dengan baik
C. Menjaga tatatertib apabila berada dalam sesuatu majlis


3. Perlakuan bertanggungjawab semasa di sekolah adalah seperti berikut
kecuali
A. Menolong guru membawa buku latihan ke bilik guru
B. Membantu rakan sekelas yang mengalami masalah dalam pelajaran
C. Membelanjai rakan-rakan untuk mendapat perhatian


4. Aspek pengurusan diri yang penting adalah seperti yang berikut, kecuali
A. Kesihatan
B. Penampilan diri
C. Penyesuaian diri

5. Antara yang berikut yang manakah bukan merupakan kepentingan pengurusan diri?
A. Membentuk disiplin diri
B. Menambah ramai kenalan
C. Membina keyakinan diri


6. Apakah kepentingan menggosok gigi tiga kali setiap hari?
A. Supaya gigi bersih dan tersusun
B. Supaya gigi bersih dan tidak rosak
C. Supaya gigi putih dan berkilat


7. Pernyataan manakah yang benar tentang makanan seimbang?
A. Makanan seimbang dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan
B. Makanan yang mengandungi karbohidrat
C. Makanan yang menmgandungi semua zat makanan


8. Antara yang berikut yang manakah merupakan kekuatan diri?
A. Suka bercakap bohong
B. Boros dalam berbelanja
C. Hormat akan orang tua


9. Apakah tujuan mengenali diri sendiri?
A. Berbangga dengan diri sendiri
B. Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri
C. Membaiki kesilapan lalu


10. Antara yang berikut, manakah bukan merupakan sikap bertanggungjawab
semasa berada di rumah?
A. Menolong guru membawa buku latihan ke bilik guru
B. Membasuh kasut sekolah
C. Menolong bapa mencuci kereta

No comments:

Post a Comment