13 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 (6)

1. Antara ciri atau sikap berikut, yang manakah boleh dianggap sebagai kekuatan yang perlu ada dalam diri seorang murid sekolah?
A. boleh mengarahkan rakan untuk siapkan kerja rumah anda
B. sentiasa rajin berusaha untuk belajar
C. murid lain di sekolah takutkan anda
D. tidak banyak bercakap di sekolah


2. Bersikap peramah semasa berada di sekolah dan di luar adalah satu amalan yang boleh dianggap sebagai....
A. bertanggungjawab B. kelemahan diri
D. kekuatan diri D. merendah diri

3. Semasa kedua ibu bapa anda pergi ke pasar, anda telah ditugaskan untuk menjaga dua orang adik yang berumur 7 dan 5 tahun. Sikap anda dalam amalan ini boleh dikatakan sebagai....
A. bertanggungjawab B. berdikari
C. rajin D. takutkan ibu bapa


4. Sazali sering mendiamkan diri apabila diminta menjawab soalan oleh gurunya. Sikap pendiam Sazali ini merupakan satu ....................... yang ada dalam dirinya.
A. kekuatan B. nilai murni
C. amalan baik D. Kelemahan


5. Swee Lan bangun awal pagi setiap hari tanpa mengharapkan bantuan ibunya untuk ke sekolah. Amalan ini menunjukkan sikap............................
A. rajin B.bersopan
C. berdikari D. Kreatif


6. Kekuatan diri adalah salah satu sifat yang perlu ditanam di kalangan murid-murid sekolah. Antara berikut, yang manakah menunjukkan sifat kekuatan yang perlu ada pada setiap murid?
A. bersifat kreatif dalam mereka cipta
B. suka menunjuk-nunjuk kehebatan diri dan keluarga
C. tidak suka membimbing rakan-rakan yang lemah
D. sering membanggakan diri dengan kejayaan yang dicapai


7. Bertanggungjawab terhadap diri sendiri merupakan satu amalan yang sangat baik dicontohi oleh murid-murid. Di antara sikap yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga?
A. perlu dimandikan oleh ibu atau bapa setiap pagi
B. bangun awal pagi setiap hari tanpa bantuan ibu
C. membawa adik-adik mandi di sungai bila ibu bapa keluar
D. memperlahankan suara semasa mendengar radia di rumah


8. Kamal sering bergaduh dengan murid-murid lain di sekolah. Sikap yang ditunjukkan oleh Kamal ini adalah satu amalan yang dianggap...............
A. menunjukkan kekuatan B. menunjukkan kebolehan
C. kelemahan diri D. menjaga diri


9. Sebagai murid sekolah, kita perlu berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan pelajaran. Sikap berikut dapat membantu kita untuk mencapai matlamat tersebut, kecuali..................
A. hadir ke sekolah setiap hari dengan tujuan untuk belajar
B. menyiapkan kerja rumah dan latihan yang diberikan oleh guru
C. menyertai kelas bimbingan yang dijalankan di sekolah
D. mengulangkaji pelajaran pada hujung minggu sahaja


10. Sikap bertanggungjawab terhadap keluarga boleh ditunjukkan dengan mengadakan hubungan yang baik dalam keluarga anda. Antara berikut, yang manakah boleh dianggap sebagai amalan menjaga hubungan dalam keluarga?
A. manja kepada semua ahli keluarga anda
B. memanggil abang atau adik anda dengan nama timbangan mereka
C. mengarahkan adik-adik anda untuk membersihkan bilik anda
D. bersama-sama meraikan hari istimewa keluarga anda

No comments:

Post a Comment