21 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(11)

1. Nyatakan ciri seorang pelajar yang baik.
A. ponteng sekolah
B. tidak melawan guru
C. suka membuli
D. bergantung harap pada orang lain


2. Berikut ialah contoh tingkah laku yang baik, kecuali
A. rajin B. sabar
C. pemarah D. pemaaf


3. Cara-cara untuk kita menjaga kesihatan adalah seperti di bawah, kecuali
A. makan makanan seimbang setiap hari
B. minum air yang mencukupi
C. makan makanan yang berkolestrol tinggi
D. menjaga kebersihan anggota badan


4. Berikut merupakan jenis makanan yang mempunyai sumber protein, kecuali
A. ayam B. ikan
C. telur D. roti


5. Aktiviti riadah ialah
A. berjoging B. makan
C. tidur D. menonton televisyen


6. Ciri-ciri penampilan yang positif ialah
A. memakai baju kotor
B. berbudi bahasa
C. bercakap dengan biadap
D. bertindak mengikut perasaan


7. Apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seseorang murid di sekolah?
A. memelihara kebersihan kawasan sekolah
B. membiarkan paip tandas terbuka
C. berebut-rebut semasa membeli makanan
D. bertindak mengikut perasaan


8. Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi unsur-unsur seperti di bawah,
A. zat B. vitamin
C. lemak D. mineral


- tidak dapat menerima pendapat orang lain
- cepat marah apabila pendapatnya tidak diterima
9. Kenyataan di atas menunjukkan pelajar ini seorang yang
A. berdikari B.berani
C. suka menolong D. panas baran


- menggosok gigi
- mandi dengan menggunakan sabun
- mengetip kuku
- berpakaian kemas
10. Kenyataan di atas berkaitan dengan
A. menjaga keselamatan diri
B. menjaga kebersihan diri
C. menjaga harta benda sekolah
D. menjaga kekemasan rumah

No comments:

Post a Comment