26 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(14)

1. Penyataan manakah tidak menggambarkan kekuatan diri seseorang?
A. berani berucap semasa perhimpunan
B. berani tinggal seorang diri di rumah
C. berani menegur rakan yang bersalah
D. berani menyoal guru yang memberi nasihat


2. Seseorang itu boleh mengenali diri melalui ...................... dan ..................... diri yang dimiliki.
A. kekuatan, kelemahan
B. kebolehan, keberanian
C. ketangkasan, kefahaman
D. kecerdikan, kecerdasan


3. Orang yang mempunyai keyakinan diri akan ..........................
A. dicemuh B. dicaci
C. dihormati orang lain D. dibenci

4. Bijak menguruskan masa adalah tanggungjawab kepada .......................
A. diri sendiri B. negara
C. bangsa D. masyarakat


5. Anak yang tidak menghormati ibu bapa dianggap sebagai............................
A. soleh B. derhaka
C. istimewa D. cacat


Ali selalu ponteng sekolah
6. Penyataan di atas menunjukkan sikap Ali sebagai seorang ..........................
A. pemarah B. pemalas
C. pengotor D. penagih


7. Sarimah suka bercakap semasa guru sedang mengajar. Perbuatan itu dianggap .................................
A. biadap B. beradab
C. berani D. sombong


8. Seseorang itu hendaklah ................................ bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam hidup.
A. berusaha sedikit
B. berusaha sambil lewa
C. berusaha bersungguh-sungguh
D. berusaha sambil main


9. Kejayaan orang lain haruslah dijadikan ............................ untuk diri kita turut sama berjaya.
A. perangsang B. penghalang
C. penghadang D. pemantau


10. Sekiranya kita gagal di dalam sesuatu pertandingan kita janganlah ....................................
A. berlatih bersungguh-sungguh
B. mencuba lagi
C. berusaha lagi
D. berputus asa

No comments:

Post a Comment