12 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(5)

1. Sekiranya kita hendak lebih berjaya, setiap kelemahan diri perlulah_______________
A. dikenang
B. dihargai
C. diperbaiki
D. ditambah


2. Sifat manakah antara yang berikut menunjukkan sifat yang TIDAK baik?
A. suka menabung
B. berpakaian kemas
C. beradab sopan dengan semua orang
D. suka menangguhkan kerja rumah



3. MALAYSIA BOLEH

Slogan di atas menunjukkan sikap............................
A. yakin untuk melakukan sesuatu
B. murah hati dengan semua orang
C. tidak sabar untuk menghadapi cabaran
D. bertanggungjawab atas apa yang dilakukan


4. Ibu bapa perlu dihormati kerana mereka.......................
A. memberi wang saku sekolah
B. sudah ada pekerjaan
C. mengasuh kita sejak kecil
D. menyuruh kita menghormati mereka


5. Pemakanan yang seimbang mengandungi...........................
A. mineral dan protein
B. lemak dan mineral
C. karbohidrat, lemak dan mineral
D. lemak, protein, mineral dan karbohidrat


6. Apabila bertemu dengan guru kita mestilah...................................
A. berbual
B. menegur dan memberi salam
C. senyum
D. diam


7. Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana................................
A. Malaysia berdekatan dengan Singapura
B. Malaysia mempunyai penduduk yang ramai
C. Malaysia mempunyai banyak pulau-pulau yang indah
D. Malaysia aman dan makmur


8. Ketika bercakap dengan kawan, kita mestilah.................................
A. bercakap dengan kuat
B. bercakap dengan kasar
C. bercakap dengan perlahan-lahan
D. bercakap dengan jelas dan sopan


9. Semasa menyanyikan lagu Negaraku, kiata hendaklah......................
A. menari-menari
B. berdiri tegak
C. ketawa
D. bergerak-gerak


10. NASI DAGANG
KEROPOK LEKOR

Dua makanan di atas menjadi identiti bagi negeri............................
A. Kelantan
B. Sarawak
C. Negeri Sembilan
D. Terengganu

No comments:

Post a Comment