14 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(7)

1. Perwatakan yang mulia dapat ditunjukkan dengan ciri-ciri berikut kecuali..........
A. membenarkan rakan-rakan meniru jawapan latihan anda
B. sentiasa senyum, memberi salam bila berjumpa orang lain
C. suka memberi pandangan, pendapat dan idea bila perlu
D. menghormati ibu bapa, guru dan jiran


2. Semua murid perlu berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Di antara sikap yang berikut, yang manakah menunjukkan amalan yang dapat menunjukkan sikap berusaha untuk kejayaan?
A. meminta jawapan dari rakan yang telah siapkan latihan
B. tidak suka bertanya kepada guru dan rakan lain bila tidak faham
C. menghadiri kelas tambahan atau tuisyen yang disediakan
D. meminta abang atau kakak menyiapkan kerja rumah yang susah


3. Belajar secara berkumpulan dapat memberikan banyak faedah kepada murid-murid. antara berikut, yang manakah faedah yang diberikan oleh amalan tersebut?
A. murid-murid dapat mengenali rakan-rakan dalam kumpulan lebih erat
B. dapat saling membantu antara rakan-rakan dalam kumpulan
C. murid-murid dapat kurangkan tabiat yang tidak baik
D. murid-murid dapat bebas bergaul sesama mereka


4. Murid yang pintar atau bijak sentiasa berusaha meningkataakan kepintaran mereka melalui cara-cara berikut, kecuali.............
A. belajar dari orang yang lebih pintar
B. berusaha lebih gigih dan tekun
C. mempelbagaikan kaedah dan teknik belajar
D. tidak perlukan bimbingan tambahan daripada guru-guru


5. Kebolehan dalam aktiviti sukan boleh ditingkatkan melalui berbagai cara atau kaedah. Antara berikut, yang manakah dapat meningkataakan kebolehan seorang murid dalam aktiviti sukan?
A. pentingkan kemenangan apabila mengambil bahagain
B. tingkatkan latihan dalam bidang sukan yang diceburi
C. pilih kejohanan tertentu sahaja untuk disertai
D. tidak perlu menjalankan latihan sekiranya tiada kejohanan sukan



6. Penampilan diri seorang murid akan menunjukkan keperibadian mereka kepada orang lain. Antara berikut, yang manakah merupakan satu cara penampilan diri yang baik oleh seorang murid.
A. sentiasa bersopan santun apabila bertutur
B. kurang bercakap apabila berada dalam sesi perbincangan
C. banyak bercakap apabila guru sedang mengajar
D. menerima pendapat orang lain sahaja dalam sesi berkumpulan


7. Kebersihan diri merupakan satu amalan yang perlu dilaksanakan terhadap diri sendiri. Antara berikut, yang manakah bukan satu amalan kebersihan diri seorang murid sekolah?
A. mandi sebelum ke sekolah
B. gosok gigi sebelum bersarapan
C. makan sebanyak yang boleh
D. memakai pakaian yang bersih


8. Aktiviti riadah dapat menjamin kesihatan serta kecergasan diri. Antara berikut, yang manakah bukan aktiviti yang termasuk dalam kategori riadah.
A. bersukan B. berjoging
C. bersenam D. tidur


9. Cara beriadah yang betul ialah seperti berikut, kecuali..............
A. mengikut arahan dan tindakan oleh guru
B. melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu
C. melakukan aktiviti menggelecek bola setiap hari
D. melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas beriadah


10. Antara berikut, yang manakah merupakan aktiviti beriadah untuk kecergasan dan kesihatan diri kita?
A. mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga
B. mendaki gunung
C. mengikuti latihan taici setiap pagi
D. berbasikal ke sekolah

No comments:

Post a Comment