15 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(8)

Padankan sifat atau ciri atau kelakuan yang diberikan dalam petak di bawah dengan keterangan yang dinyatakan.


usaha untuk jaya bertanggungjawab

penampilan diri kelemahan diri
kerja bertangguh kebersihan diri

kekuatan diri kesihatan diri


1. Memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi yang disyorkan: .......................................


2. Murid-murid hendaklah bertutur dengan penuh sopan santun apabila berada di dalam sesuatu majlis: ...................................


3. Murid-murid perlu bertanya kepada guru tentang perkara yang kurang difahami serta perlu menyiapkan latihan yang diberi: ................................


4. Perlu sediakan jadual waktu supaya kita dapat jalankan sebarang aktiviti mengikut jadual dan masa yang ditetapkan: ............................................


5. Menghormati anggota keluarga yang sedang tidur dengan memperlahankan suara peti televisyen di rumah: ............................................


6. Salmi tidak suka berkongsi pendapat dan ilmu dengan rakan-rakan yang lemah di dalam kelasnya. Sikap kedekut ilmu ini merupakan satu ciri yang tidak baik diamalkan oleh murid sekolah: ...........................................


7. Amer sering mendapat perhatian guru-guru kerana kebolehannya yang kreatif dalam mereka cipta: ..................................


8. Kita perlu mengambil makanan yang seimbang untuk .......................................

No comments:

Post a Comment