29 April 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pusat Kegiatan Guru Jejawi terletak 5 km dari Bandar Kangar, Perlis. PKG Jejawi bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) yang beroperasi di Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis pada tahun 1986. Pada 1 November 1991, PSPD ditukarkan nama kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) Jejawi yang memberi perkhidmatan kepada 11 buah sekolah. PKG Jejawi ialah PKG berbangunan yang didirikan dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Jejawi dan siap sepenuhnya dalam tahun 1992.
Di peringkat awal penubuhannya PKG Jejawi dilengkapi dengan perlbagai kemudahan khususnys peralatan ICT. Terdapat sebuah perpustakaan, bilik mesyuarat , bilik bengkel, dewan seminar dan makmal kumputer dengan 10 buah kumputer dilengkapi kemudahan wireless dan sebuah mesin pencetak laser serta talian internet jalur lebar. Dengan kemudahan yang ada PKG Jejawi menjadi tumpuan para guru sekolah kelompok yang terdiri dari 8 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah untuk mendapatkan perkhidmatan khususnya ICT.
Penggunaan ICT semakin meluas di sekolah-sekolah dan semua sekolah dalam kelompok PKG Jejawi mempunyai makmal kumputer dan dilengkapi dengan rangkai talian school net. Dengan pelaksanaan PPSMI, para guru dibekalkan dengan kumputer riba dan kebanyakan sekolah sudah dilengkapi dengan kemudahan talian internet tanpa wayar. Dengan peningkatan peralatan ICT di sekolah maka jumlah pengunjung ke PKG mulai menurun ditambah dengan kemudahan peruntukan untuk kursus dan bengkel tidak diberikan lagi kepada PKG maka peranan PKG semakin suram.
1.
Bertitik tolak daripada kesuraman sambutan guru kepada kemudahan yang terdapat di PKG maka saya merancang untuk melaksanakan Pengurusan Projek untuk membantu guru-guru dalam menyelesaikan masalah mereka dalam merancang dan melaksanakan P&P di sekolah melalui Projek Pusat Sumber Maya khususnya untuk subjek Sivik (tahun 4).