29 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(17)

Tandakan (/) bagi pernyataan yang betul dan salah (x) bagi pernyataan
yang salah.



1. Kita hendaklah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. _________


2. Kita langsung tidak boleh makan makanan berlemak seperti
keju dan kek. _________


3. Guru Besar ialah ketua organisasi sekolah. _________


4. Kita perlu tidur sekurang-kurangnya 18 jam setiap hari. _________


5. Semasa mandi gunakanlah sabun. _________

28 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(16)

1. Aktiviti riadah boleh dilakukan selama ..........................
A. 10 – 15 minit
B. 15 – 20 minit
C. 20 – 30 minit
D. 1 – 5 minit


2. Kita hendaklah makan banyak ..............................dan kurangkan ................................
A. protein, mineral
B. karbohidrat, protein
C. lemak, karbohidrat
D. karbohidrat, lemak


3. Semasa membeli makanan di kantin, kita hendaklah ..................................
A. beratur B. berebut-rebut
C. menjerit-jerit D. memotong barisan


4. Apakah kepentingan mengamalkan ucapan bertatasusila dalam kehidupan?
A. dibenci orang B. disukai orang
C. ditohmah orang D. dihina orang


5. Semasa guru sedang berucap di perhimpunan pagi, murid-murid hendaklah .................................... sepenuhnya.


6. Perbuatan membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua adalah ...............................................
A. kurang ajar
B. kurang sopan
C. beradab
D. tidak beradab

27 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(15)

1. Seseorang yang beradab dikenal pasti melalui semua yang berikut kecuali ..............................
A. perlakuan B. penampilan
C. tuturkata D. pemikiran


2. Azmi dianggap sebagai seorang yang berbudi pekerti apabila dia ...........................................
A. suka membantu orang lain walaupun musuhnya
B. selalu mendengar umpatan orang
C. memberi buku latihan untuk ditiru
D. suka bercerita tentang dirinya



Michelle tidak pergi ke rumah Sarimah pada jam 7 malam

3. Berdasarkan penyataan di atas, jelas Michelle seoarang yang ..........................
A. mempunyai peraturan dan adab
B. menepati waktu
C. menghargai persahabatan
D. bersopan santun


4. Kemesraan yang terjalin antara anggota keluarga akan melahirkan keluarga yang ............................
A. bersatu padu B. bahagia
C. ramah mesra D. berpecah belah



-mengatur ceramah
-memberi motivasi
-mendengar masalah
5. Siapakah yang menguruskan tugas yang tersebut di atas.
A. guru kelas B. guru kaunseling
C. guru disiplin D. guru besar


6. Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi ...............................
A. lemak, zat, vitamin
B. vitamin dan garam mineral
C. zat, vitamin dan mineral
D. zat, karbohidrat dan lemak


7. Tidur yang mencukupi bagi seorang murid ialah .......................
A. 5 jam B. 7 jam
C. 8 jam D. 15 jam


8. Kita mesti minum air sekurang-kurangnya .................. gelas.
A. 8 B. 7
C. 6 D. 5


9. Akibat suka makan gula-gula dan kek ..........................................
A. jadi gagah
B. gigi jadi rosak
C. tahan lasak
D. cirit birit

26 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(14)

1. Penyataan manakah tidak menggambarkan kekuatan diri seseorang?
A. berani berucap semasa perhimpunan
B. berani tinggal seorang diri di rumah
C. berani menegur rakan yang bersalah
D. berani menyoal guru yang memberi nasihat


2. Seseorang itu boleh mengenali diri melalui ...................... dan ..................... diri yang dimiliki.
A. kekuatan, kelemahan
B. kebolehan, keberanian
C. ketangkasan, kefahaman
D. kecerdikan, kecerdasan


3. Orang yang mempunyai keyakinan diri akan ..........................
A. dicemuh B. dicaci
C. dihormati orang lain D. dibenci

4. Bijak menguruskan masa adalah tanggungjawab kepada .......................
A. diri sendiri B. negara
C. bangsa D. masyarakat


5. Anak yang tidak menghormati ibu bapa dianggap sebagai............................
A. soleh B. derhaka
C. istimewa D. cacat


Ali selalu ponteng sekolah
6. Penyataan di atas menunjukkan sikap Ali sebagai seorang ..........................
A. pemarah B. pemalas
C. pengotor D. penagih


7. Sarimah suka bercakap semasa guru sedang mengajar. Perbuatan itu dianggap .................................
A. biadap B. beradab
C. berani D. sombong


8. Seseorang itu hendaklah ................................ bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam hidup.
A. berusaha sedikit
B. berusaha sambil lewa
C. berusaha bersungguh-sungguh
D. berusaha sambil main


9. Kejayaan orang lain haruslah dijadikan ............................ untuk diri kita turut sama berjaya.
A. perangsang B. penghalang
C. penghadang D. pemantau


10. Sekiranya kita gagal di dalam sesuatu pertandingan kita janganlah ....................................
A. berlatih bersungguh-sungguh
B. mencuba lagi
C. berusaha lagi
D. berputus asa

25 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(13)

Tandakan / pada pernyataan yang betul dan x pada pernyataan yang salah di bawah.


1. Kita tidak perlu menjaga kesihatan diri. _______


2. Kita perlu menolong ibu bapa. _______


3. Membasuh baju dan kasut sekolah merupakan contoh
sikap berdikari bagi seseorang murid. _______


4. Kita perlu membiarkan ibu mengemas bilik tidur kita. _______


5. Mengulangkaji pelajaran merupakan tindakan yang bijak
dalam usaha untuk meraih kejayaan. _______


6. Aktiviti harian ibu ialah memasak untuk anak-anak dan suami. _______


7. Balkis seorang budak yang tidak sabar kerana dia sering
marah-marah apabila terpaksa beratur menunggu giliran. _______


8. Tugas seorang anak ialah mencari wang untuk keluarga. _______


9. Ibu bapa yang penyayang pastinya menganggap bahawa
keluarga adalah segala-galanya. _______


10. Peranan kasih sayang yang mendalam mampu
membahagiakan sesebuah keluarga. _______

22 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(12)

1. Maksud keluarga bahagia ialah keluarga yang
A. hidup saling menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain
B. saling bermusuhan
C. tidak bertegur sapa
D. membuat hal masing-masing


2. Peranan seorang anak ialah
A. mencuri B. mencari nafkah
C. belajar dengan rajin D. memasak


3. Berikut adalah ciri-ciri sebuah keluarga bahagia, kecuali
A. hormat-menghormati B. bantu-membantu
C. sayang-menyayangi D. berselisih faham


4. Apakah tujuan kita berpakaian kemas ke sekolah?
i menjaga penampilan diri
ii menunjuk-nunjuk
iii mematuhi peraturan sekolah
iv dipaksa oleh ibu bapa

A. i dan ii
B. i dan iii
C. iii dan iv
D. i,ii dan iv


5. Lazimnya panggilan anak pertama dalam adik-baradik ialah
A. angah
B. achik
C. andak
D. along


6. Apakah contoh makanan yang mengandungi sumber protein?
A. daging B. sayur
C. roti D. beras



kentang tomato lobak betik

7. Nyatakan kumpulan sumber makanan di atas mengikut carta piramid makanan seimbang.
A. lemak B. karbohidrat
C. mineral D. protein



8. Apakah akibat sekiranya kita tidak menggosok gigi?
i gigi rosak
ii sering sakit gigi
iii senyuman menarik
iv mulut berbau harum

A. i dan ii B. ii dan iii
C. i dan iv D. iii dan iv


9. Portfolio diri bermaksud
A. dokumen maklumat diri
B. pengenalan seluruh keluarga
C. kad pengenalan
D. penampilan diri



Malas mengulangkaji pelajaran

10. Maklumat di atas menunjukkan ciri individu yang
A. mempunyai masa depan yang cerah
B. bercita-cita tinggi
C. tidak mempunyai matlamat hidup
D. membanggakan ibu bapa