08 May 2009

Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4(2)

1. Cara belajar yang betul untuk mencapai kejayaan adalah seperti berikut
kecuali
A. mendengar penerangan guru dengan teliti
B. selalu mengulangkaji pelajaran di masa lapang
C. meniru jawapan dari kawan


2. Apakah sikap yang perlu dihindar dalam mencapai kejayaan dalam
pelajaran?
A. gigih berusaha
B. mudah putus asa
C. bercita-cita tinggi


3. Antara yang berikut yang manakah merupakan tingkahlaku yang baik?
A. sombong
B. mementingkan diri sendiri
C. berjimat cermat


4. Yang berikut merupakan komuniti sekolah kecuali
A. guru besar
B. murid-murid
C. pegawai bomba


5. Pilih pernyataan yang benar tentang cara-cara kita berinteraksi dengan
komuniti sekolah
A. bercakap dengan kasar
B. tidak bersedia memberi bantuan
C. bertutur dengan sopan


6. Yang berikut merupakan peraturan di kantin sekolah kecuali?
A. beratur semasa membeli makanan
B. tidak boleh bermain atau berlari-lari
C. tidak boleh makan dan minum


7. Antara berikut yang manakah bukan merupakan keluarga asas?
A. bapa
B. datuk
C. ibu


8. Ketua bagi sesebuah keluarga asas ialah
A. datuk
B. nenek
C. bapa


9. Soalan 9 berdasarkan pernyataan berikut

Abang atau adik lelaki kepada bapa kita

Anggota keluarga yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas ialah
A. datuk
B. sepupu
C. bapa saudara


10. Apakah tujuan menghasilkan profil keluarga?
A. memahami minat dan kegemaran anggota keluarga
B. mengenali anggota keluarga dengan lebih dekat
C. memperkenalkan anggota keluarga kepada orang lain

No comments:

Post a Comment